Monday, May 4, 2009

Airport yg lengang di kepala batas


Sungguh lengang sekali

Tuesday, February 17, 2009

UMNO Merderhaka Lagi?

Ceritanya, ada seorang Prof, suka bertanya, juga suka menjawab. Ini soal-jawabnya:

1. Siapa yang promosikan: orang Melayu perlu tahu kurang ajar: UMNO!

2. Dulu Agong boleh pilih untuk tidak restu pindaan perlembagaan, tapi dalam tahun 1983, artikel 66 perlembagaan persekutuan telah dipinda. Agung sign ke, tak sign ke terus jadi undang undang. Maknanya kuasa veto istana telah direntap. Siapa punya angkara?UMNO!

3.Tahun 1993, artikel 32,38,42,63,72,181 perlembagaan Malaysia telah dipinda yang menyebabkan raja raja Melayu hilang kekebalan dan membolehkan mereka didakwa di mahkamah. Siapa punya kerja?UMNO!

4. 28 April 1993, Tengku Ibrahim telah secara salah ditabal sebagai sultan Kelantan. Ini jelas satu usaha jahat, derhaka dan menghina Sultan Kelantan serta menghina institusi raja raja. Siapa buat kerja ini? UMNO!

5. Semasa zaman semangat 46, apabila sultan tidak mahu diheret sama dalam kancah politik, ada jongos menjerit: biar saya derhaka! siapa tu? UMNO!

6. Seorang bekas menteri besar kelantan pernah berarak menuntut Sultan Kelantan turun tahta. Puak mana yang kurang hajar tu?UMNO!

7. 1974, menteri besar Perak pada masa itu tidak mahu akur dengan perintah Sultan Idris. Siapa yang derhaka tu?UMNO!

8. Standard -Chartered Bank saman Almarhum Yang DiPertuan Negeri Sembilan. Siapa yang ajar tu?UMNO!

9. Selepas piliharanraya Mac 2008, Sultan Terengganu dinista dengan kata kata kami nak idris, natang! Siapa punya kerja tu?UMNO

10. Di Perlis pun pada masa yang hampir sama Sultan Perlis dinista. Siapa punya kerja? UMNO!


Rupa-rupanya orang UMNO juga perintis kepada amalan menderhaka. Haha.

Thursday, February 12, 2009

Umno Pun Derhaka Juga?

Monday, December 22, 2008

Papan tanda projek paling lama pernah ak

Papan tanda projek paling lama pernah aku jumpa. Dari tahun 1978 tu. Aku pun x lahir lagi..

Monday, December 15, 2008

Manusia bengap. Parking cam haram.

Manusia bengap. Parking cam haram.

Tuesday, December 2, 2008

Airport ini begitu lengang. Tidak sepert

Airport ini begitu lengang. Tidak seperti airport di Thailand.

Wednesday, November 19, 2008

Sejarah Hidup Gua : Episod 1

Selepas dua tiga hari gua bikin blog ni. Gua rasa dah sampai masanya gua kasitau lu orang serba sedikit pasal diri gua yang hina di pandangan masyarakat ni.

Gua berasal dari Kelantan. Kelantan memang best. Gua masa kecik dulu memang susah. Gua nak tanya lu orang pernah tak makan sayur kulit tembikai. Bukan tembikai, tapi kulit tembikai. Gua aci kerat jari lu orang tak pernah makan sayur kulit tembikai.

Lu orang pernah makan perut ikan goreng? Hati ikan goreng. Gua ingat masa kecik-kecik dulu kalau mak gua siang ikan, dia akan ambil perut dan hati ikan yang kecik tu pastu dia goreng. Lauk yang kecik-kecik inilah yang jadi santapan gua masa dulu-dulu. Rancangan bersama mu pun tak pernah jumpa lagi keluarga makan perut ikan dan sayur kulit tembikai. Tapi gua pernah. Jadi, lu orang jangan cakap lu orang saaaangat susah dan cuba nak ajar gua tentang keperitan hidup. Macam poyo jer ayat ni.

Gua ingat masa gua kecik-kecik dulu mak gua suruh gua pakai satu seluar yang zip dia rosak. Gua pakai jugak walaupun gua tunjuk protes. Sebab protes gua tu menyebabkan mak gua menitiskan air mata, gua tak jadi protes, gua pakai jugak.

Masa gua sekolah rendah, seluar gua koyak kat bontot. Satu tahun kalau gua jalan gua letak tangan kat bontot lagak macam Ajis dalam Ali Baba Bujang Lapok tu. Nak cover koyak seluar gua tu. Memang gua kena pakai jugak, kalau tak macam mana nak pergi sekolah. Nak beli baru? Mana ada duit bai...

Gua pernah buat macam-macam kerja. Gua pernah tanam kobis, pernah tanam jagung, pernah bela lembu, pernah jual aiskrim, pernah kerja bengkel dan macam-macam lagi. Kalau lu setakat jadi peniaga pasar malam lepas tu boring, mintak kerja dengan gomen, dapat pangkat sikit lu dah lupa diri, jangan nak act dengan gua!

Sekian dulu. Nanti gua sambung dalam keluaran yang akan datang.. hoh?

*mulai saat ini blog ini akan terbahagi kepada post dalam bahasa kelate dan juga bahasa pasar. sukati gua lah kan dah ni blog gua. gua tak panggil pun lu datang sini, yang lu datang jugak apahal?